Monday, March 31, 2008

Day trip to Melaka.

Last Saturday we went to Melaka to attend my office mate's wedding. It was Lisa's wedding. Memandangkan we are a team, nak tak nak kena la pegi jugak walau pun Nasir ada banyak kerja..

My boss (Francyne) and family wanted to spend the whole weekend in Melaka, so we sort of promised to meet up at Lisa's house.

We all started the journey at around 12.40pm, the Sungai Besi tol, was as usual jam, so sampai ke Ayer Keroh dah around pukul 3. From Ayer Keroh tu dalam map yang Lisa bagi ke rumah dia, nampak macam tak jauh tapi sebenarnya boleh tahan la jugak jauhnya.. Her house is kat Pantai Klebang..The housing area was really nice, macam ala-ala spa gitu..Sampai2 je, orang pun dah surut (ye la majlis sampai pukul 4, awak sampai dah pukul 3.40, mana tak surutnya). However we were greeted warmly and we saw that a couple of people we know are still around.

Lisa got married to a Frenchman yang mengajar hospitality course kat Taylor's College. Suprisingly Adam a.k.a Bertran looks quite comfortable in the baju melayu, tanjak etc. He also seems at ease with Lisa's relatives and friends.

So, to Lisa and Adam(Bertran) 'Selamat Pengantin Baru' dan semoga berbahagia ke anak cucu..

On the way back, we meet up with Cha kat Jaya Jusco for a chit-chat sambil makan lagi.. Cha pun dah nak pindah next week, so this is the last time la we see her in Melaka.

By 6.30pm we pushed off balik KL.. sampai KL about 10.00pm la gak sebab singgah solat kat R&R Ayer Keroh.. Sebelum sampai kerumah, singgah dulu ke rumah MIL nak pass buah tangan dari Melaka.. Konon nak singgah, last-last sampai habis konsert AF baru we all balik.. Sampai rumah dah midnight.. Fuh.. penat but it was fun..

Enjoy the pictures..
The happy couple...
Lisa tengah menayang inai di tangan to Francyne
Lisa with the kids -- from left Eibhie(anak Francyne), Medina (anak Anita, another colleague) and Anita's niece (behind yg bertudung) Fatimah..
Eibhie got the most attention at the kenduri, most of Lisa's relative sibuk bribe her with goodie bags, sampai mak dia pun heran mana si kecik ni dapat bag bukan main banyak lagi.. lepas satu, satu.. Tengokla dalam gambar ni pun, tengah pegang goodie bag..Ye la mana taknya, her eyes are really blue.. geram nengoknya.. baik plak tu.. nak kat orang.. But when she was younger, her eyes were bluer, now dah a bit greenish/grayish.

The team with spouses -- from left to right - Craig (Francyne's husband and my ex-boss), Nasir, Adam, Lisa, me, Francyne and Eibhie..

Thursday, March 20, 2008

Tahniah Yah & Amin

Tahniah to Yah and Amin for the new born baby boy. Yah selamat melahirkan the baby around 1100 am yesterday morning -- 19th March 2008. A good birthday present ye Amin!!

Ye, it was Amin's birthday yesterday, it was also Emi's (Haikal's wife) birthday and the weirdest
-- it was also Awis's new betrothed's birthday as well.. And now the new cucu of Idris Muhammad..

Anyway, congratulations again.. May Allah bless both of you and the new baby..

P/S: Insyallah will upload pics of the baby soon.


Updated on 27th Mar 2008:


Muhammad Aqil Irfan bin Mohd Amin (tak sure spelling betoi ka tak.. kalau tak betoi sorry na..)






Sunday, March 16, 2008

Pilihanraya ke 12 – Kita menang sorak, tapi kampung tergadai..

I am not a big fan of politics, in fact this year is the first time that I exercise my right as a voter. Now after more than a week since the results are out, rasa teramat la sedihnya, bukannya sebab BN kalah, tapi sebab kampungku telah tergadai.. Yes I am a Penangite yang membesar di kalangan orang-orang Cina di kawasan Island Glades (where Karpal Singh resides).. For your information, I think in the whole of Island Glades (yang saiznya lebih kurang besar Greenwood area ni) less than 10 malay families saje yang reside there. Setelah sekian lama DAP melobi, mencuba berkali-kali, akhirnya Penang dengan rasminya jatuh ke tangan DAP..

DAP yg merupakan parti serpihan PAP yang memerintah Singapura dapat habuan paling besar jika dibandingkan dgn PAS dan Keadilan. Dari mula lagi pembangkang tahu it's quite impossible for them untuk dapat simple majoriti apalagi majoriti 2/3 yang important untuk realised their manifesto (esp bab harga minyak). DAP of course is more interested to ensure economy kaum Cina terus dilindungi. Sekarang apa yang PAS or Keadilan can do untuk membela nasib orang Melayu dalam memperbaiki taraf ekonomi mereka?

Apalah nasib orang-orang Melayu yang sememangnya telah terpinggir sekian lama di Penang (especially yang di Pulau)??Apalah nasib tanah-tanah rezab Melayu yang ada kat Penang tu?? Adakah Azan akan stop berkumandang di Penang ?? Berapa banyak tanah2 rezab Melayu ni akan diserahkan pada Singapore untuk pelaburan ??

Sebelum ni pun masa under Gerakan, hartanah di bahagian pulau melambung-lambung mengalahkan harga tanah di KL. Mana taknya,c*na dari Singapore, Taiwan, Hong Kong and Indonesia dok berlumba-lumba beli rumah kat sana for investment, lama-lama kita Melayu ni, sampai dah tak terbeli, terlampau mahal..Akhirnya, we move out into the mainland..

Tsunami politik/gelombang perubahan dalam demokrasi diMalaysia.

Tu la yang kita dok baca dalam newspaper dan dengar di TV lepas keputusan pilihanraya ke12 diumumkan. Tapi tsunami politik yg digambarkan tu, the damage tak dapat kita nampak dengan clear. We paid dearly. Kesannya dalam bentuk jangkamasa panjang dari segi kepentingan politik dan ekonomi orang Melayu.

Sayangnya orang Melayu kita mengundi ikut emosi. Percaturan untuk buat undi protes actually kesannya lebih teruk dari yg kita jangkakan; of the 3, DAP have the last laugh. Knowing PAS/Keadilan stronghold are mainly in rural area whereas DAP mostly in urban areas DAP realised they got nothing to lose but all for gain. Apa yang berlaku:
- banyak undi org Melayu diraih dari pakatan pembangkang hasilnya Pulau Pinang dikuasai DAP.
- banyak kawasan selamat BN/UMNO dimenangi pembangkang setelah digadaikan oleh undi orang Melayu.
- tiada pemulihan yang dapat dilihat sebaliknya kuasa majoriti orang Melayu kini menjadi lemah apabila terbahagi tiga – PAS, Keadilan, UMNO.

Clearly perangkap DAP yang berbentuk 'overkill' effectnya terlalu luas dan orang Melayu Penang yang dah lama terpinggir akan paling terasa bahang yang jauh lebih teruk lagi because dasar DAP is to hapuskan hak keistimewaan org Melayu. Clearly the Malays voters punye understanding on politics tidak la sebijak mana pun sebab asyik dok fikir pasai kenaikan harga barang, harga minyak & tol, tak puas hati sedangkan itu adalah realiti kehidupan memang sejak merdeka lagi.. Masa zaman baru merdeka dulu, berapa banyak makanan yang parents kita boleh beli dengan 5 sen? Comparekan dengan sekarang ? Of course la berbeza, our economy needs to evolve and this is the effect.

Idea negara 'kebajikan' is actually is a sindiran DAP yg sinis to orang Melayu yang still lengai dan malas nak kerja kuat. The Malays took a very high risk untuk gadaikan their economy future bila termakan dengan helah manifesto pembangkang untuk turunkan harga minyak. This is a reality for Malays to accept – the sufferings will continue...

Memang sedih sangat bila orang Melayu kena fitnah by hindraf as Islam extremis and terrorists. PAS and Keadilan is defending their perjuangan atas nama demokrasi. But what exactly is democracy from western world perspective? Orang Islam yang memakai hijab di US didiskriminasikan and labelled as terrorist. Apa citer ? Wujud ke demokrasi di Singapore sedangkan anak kecik nak pakai tudung ke sekolah pun ditegah.

Hari ini orang Melayu sendiri telah menjatuhkan penguasaan orang Melayu kerana hilangnya semangat persaudaraan/solidarity.

UMNO/BN pun ada buat silap – the leaders are too sure of themselves – angkuh. Akibat keangkuhan mereka tak dapat tengok strategi pembangkang. Padan la dengan muka.. tapi masih jugak tak dapat-dapat the message yang cuba the rakyat (esp the Malays) trying to tell you.

Don't even let me get into the Perak situation. At least (for now) it looked like it's going to be fine under the PAS punya MB.

So now nak tak nak, for the sake of orang Melayu, I have to pay more attention to politics..

Friday, March 7, 2008

Happy Birthday Yone!!

Happy Birthday Yone!!! Memandangkan yone saja yang selalu buat write up untuk yong dengan cha punya birthday, kali ni Yong pun buatkan la satu entry walaupun tengah very the busy one right now.. Tapi gambar2 lama tak dak la, pasal semua dok ada kat Penang.. Yong boh gambaq2 yang dok ada kat Yong la ni ja la na..


I kind of ingat-ingat lupa what happened masa mama nak bersalin kat Yone ni, ye la masa tu, I was already 7 years oldkan, darjah 1. Masa tu sefamili duduk kat Butterworth kat Taman Teluk Molek rasanya nama taman tu (Siap call mama lagi nak check, tapi Abah yang jawab so it's abahnya confirmation a.. kalau salah, nasibla)..Anyway, tengah-tengah malam, abah datang kejut and took us all in inside the car (masa tu me and Meor jela kan..) dengan mamai-mamainya tak perasan wat's the reason, bila kitaorang berenti kat depan private klinik bersalin kat Perai tu, dengan lampu terpasang, baru la I sedar apa sebabnya.. rupanya mama dah nak bersalin..I can't remember exactly what happened the whole night (perhaps because I was busy sleeping) tapi akhirnya pada 7hb March 1981, at around 5pm Yang Khairun binti Abdullah Sani was born. (Alamak just check with Mama, mama kata masa kejadian ni, it was a false alarm, mama tak jadik bersalin, tapi mama spent a night jugak la kat klinik tu)


Among all the siblings, rasanya Yone la yang paling meriah dan bising sekali.. (tapi bila besaq2 ni semua pun bising). Dari kecik sampai besaq.. Masa dia kecik, with her curls, she was well known amongst the family member as 'Kunta-Kinte' (kalau tak salah Ayah Ngah yang start bagi nama gelaran tu kat dia) sempena the citer Kunta-Kinte zaman 80an dulu..


Paling attached the Makcik Jah yang tolong jaga we all semua, ha ni la dia...Sampai bila hantar makcik balik, makcik turun je dari kereta, dia pun start la melolong..So, me being the big sister, kena la tukang jadi pengalih attention (ye la sebab masa tu mama kena dukung Cha yang baby lagi masa tu).. Tapi dalam merengek2 dia pun, bila dia takde, memang rasa sunyi.


Bila dah besar ni, dia la paling terer sekali bab2 menjadi peng'organise' sesuatu event..Contohnya bila buat family day ke, kenduri-kendara ke.. memang boleh harap la my adik sorang ni..Especially bab-bab execution and games..pantas aje. Terima kasih la Yone for being a good sport and supporter in the family ( Yela sekarang ni, dia jela yang every weekend will be there with Mama and Abah, alhamdullillah, jadi anak yang baik..)


Bila balik berjumpa dan berkumpul sekali-sekala, dia la paling riuh sekali bercerita, cerita pasal kerja dia la, student2 dia punya karenah la.. macam2 lagi.. kadang2 tu memang tak kering gusi kitaorang berempat bersembang sampai ke tengah malam pun ada.. Mama sampai siap mengamuk suruh pi tidoq pun ada..


So, anyway Yone.. Happy 27th Birthday.. May Allah bless you and dicepatkan la bertemu jodoh ye hehehe..Amin....(Internet connection very bad la sekarang ni, so sempat upload satu gambaq ja dulu..nanti Yong upload lain k..)

Masa kenduri Yah...Yone jadi 'runner' a.k.a bodyguard Yah..