Wednesday, October 9, 2013

Update sana sini...


Sarah at 1 month old
Sarah at 1.5 months

Abang sayang adik..

Adik-beradik..

Adik beradik share the car


Lamanya rasa meninggalkan dunia blogging ni.. Al-maklumla dengan kesibukan menguruskan anak-anak, keluarga dan kerja..memang susah nak mencari masa yang sesuai untuk meneruskan blogging ni..Nak-nak pulak dah ada FB..memang senang update kat sana je la.. 


Anyway sekarang ni anak-anak dah semakin membesar...Zikri dah mencecah 3 tahun setengah dan Sarah 2 tahun 2 bulan...Alhamdullillah Zikri sekarang dah boleh dah tak pakai diapers di siang hari. Cuma bila nak buang air besar dia still mintak nak pakai diapers.. mungkin rasa semacam nak buat business kat potty or toilet kat rumah tu..walaupun telah diajak.. dia still phobia lagi.. and of course at night kena still pakai la sebab dia nak tido kan.. kesian la plak nak kejut malam-malam pegi toilet.. Bab bercakap plak..bukan main la sekarang ni..macam-macam citer.. cuma tak tau citer betul ke ciptaan semata-mata..

On 4th September hari tu, Zikri kena demam campak air yang besar tu..kesian dia..jenuh menahan diri dari menggaru..tapi terlepas la jugak sebab macamana la budak kecik tu nak menahan.. Naik penuh badan, muka, kepala dan jugak dalam mulut dia.. kesian dia.. tiap kali nak sapu calamine lotion menangis beria-ia..kesian tengok dia..

Dalam masa dua minggu tu, berhati-hati la jugak takut berjangkit pada Sarah...Tup tup..lepas 14/15 hari Ayahnya pulak berjangkit..pun teruk jugak keaadaan ayahnya..Tapi sempat kami jumpa klinik yang boleh bagi antiviral supaya tak la teruk sangat parut dan keluarnya..

Alhamdullillah selepas about sebulan Sarah tak kena la plak..mungkin hasil dari breastfeed ku pada dia yang last almost for 1 year. So mungkin Sarah dah dapat dah siap-siap antibodi dari ku untuk memerangi virus chicken pox ni..Lega la jugak... Syukur sangat..

Abang belajar solat tapi nak ajak adik join..

Masa abang baru kena chicken pox tu.. kebetulan plak sports day Sarah dan Zikri.. oleh kerana nak menyiapkan diaorang sendirian dan jugak nak pikir macamana nak handle dua sekali sendirian, kami terlambat sampai ke majlis sukan.. Sarah punya game was the first one, masa sampai-sampai the game tengah on.. melepas la Nur Sarah...

Lepas Zikri punya event habis, kami pun balik sebab Abang masih agree untuk ikut pegi sports day walaupun hanya menunggu dalam kereta dalam keadaan kesakitan.. Here are some pictures..  

Ntah apa la Zikri tengah nengok Sarah..

Sarah first time makan at 6 months old..
Bulatnya mata anak-anak mama..


Sarah 2nd Birtday cake share dengan Atok..
Adik beradik kat rumah mak tok..