MRSM.. teringat plak kat alma mater yang satu ni. Alam hidup bersekolah asrama penuh memang penuh dengan cabaran tapi tak kurang jugak keseronokannya.
Baru-baru ni heboh kes 15 budak MRSM Kuala Klawang (http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm) - [eh.. camna nak link ni??] dibuang sekolah sebab bergaduh dengan student junior (form 2).. Semalam during Buletin Utama, mak bapak masing-masing meminta maaf secara terbuka dan ingin memohon kepada pihak sekolah supaya membenarkan anak-anak mereka meneruskan pengajian sehingga selepas PMR. Kesian tengok muka mak bapak diaorang.. lain yang diharapkan pada anak-anak, lain pulak yang dapat..
Tu la.. sepatutnya sistem orientasi yang berbentuk buli ni kena dibuang, cikgu-cikgu kena pantau betul-betul proses orientasi.. tak boleh dibiarkan the seniors menguasai segalanya. Ni tidak.. seniors nak buat apa, suka2 hati diaorang aje..macam baru ni dengar kat Era.. ada budak tu as juniors, senior dia suruh the whole group berendam dalam lumpur pukul 4 pagi, sambil nyanyi lagu “Bernafas Dalam Lumpur”. Bukan ke ni satu penderaan, apa faedah yang bebudak juniors tu dapat, selain daripada jatuh sakit dan perasaan dendam terhadap seniors. Disebabkan rasa tak puas hati tu, melarat la kepada juniors yang seterusnya pulak jadi cycle tu tak berenti..
Walau macamana pun..kesian la jugak kat bebudak tu.. at that age, memang fikiran tak matang lagi.. Bila sorang dah start bergaduh/pukul memukul, yang lain pun rasa syok la join sekaki.. But I seriously think that this is good lesson for the students to learn from, and a good decision taken by the school and the board. This will help to curb the bullies. Jangan sampai ada yang meninggal, baru tindakan nak dibuat – dah terlambat…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bila baca ni, teringat pulak kat sorang adik sedara yang pi MRSM Kulim dulu. He he he
hahaha...
sama la. tapi kekadang ekjadian pukul memukul dan ragging meragging for guys ni dah jadi satu kebiasaan...masing2 nak tunjuk hebat kot.
Amin dok cita baru ni dia dulu pon sama la...tapi bukan dia memukul...dia yang dipukul..pecaya dak yong? hahahaha...
Abg a.. MRSM PDRM la.. bukan Kulim a.. Kulim punya baik..
Ingat jugak a.. ingat kan orang dah lupa..
Yah.. Amin kena pukul.. isk..isk..isk.. betoi ka.. macam tak percaya la plak.. ;-)
Post a Comment