Monday, September 10, 2007

Eventful Weekend

Dalam kesedihan laptop hubby hilang, I had to still attend the Pertanding Klasik Irama Serumpun anjuran RTM and Kementerian Penerangan kat Dewan Merdeka, PWTC on the 7th. Ada 2 sebab, firstly because dah bagi nama kat RTM and second sebab dah janji dengan ipar duai ku dan extended family they all..All-in-all 8 orang la jugak rombongan ku.. Kak Ju, Abg Manap (abang sulung Nasir) and anak dara they all, Syidah.. Dari Singapore specifically came down for this event were -- adik Kak Ju - Pok, kakak sulong Kak Ju - Kak Asiah and husband dia, Abang Man -- and lastly Abang Amir (kakak sulong Nasirnye husband) and myself.. Nasir tak pegi -- tak minat and tak dak masa.. banyak kerja nak kena recover all information yang boleh.. (Nasir ada 9 orang adik-beradik, so ni kira sikitla)

I came straight from the office, berkonvoi dengan kak Hanizah, DJ Noramin (her husband) and anak daranya - Hanis..Kalau I tak drive, boleh terus tumpang they all.. Bila sampai PWTC, terkejut tengok ramainya orang -- rupanya MATTA Fair dah start.. jenuh cari parking, last-last I park kat celah-celah kondo belakang PWTC.

Once dah jumpa dengan semua, terus ke Dewan takut nanti tak dapat tempat best plak.. Dapat la duduk 7th row from the stage.. okla.. Pas tu, lari gi solat and tandas jap .. balik-balik tempat duduk kat depan tu semua dah penuh.. Depan I -- Ahmad Fauzee (and his wife) duduk. Depan they all, Aziz Sattar and wife duduk.. Kak Ju dok sebelah I dah panik .. "Anom, nampak gaya macam nak kena masuk tv muka kita ni, duduk celah2 artis"..Tapi nasib baik la, tak menjadi.. the cameraman lebih concentrate on the performances..

Overall, memang best la performance malam tu, very nostalgic ..besides the peserta2 yang bertanding, ramai artis-artis lama and baru perform jugak..Antaranya Bob and Zahid (AF), Dayang Nurfaizah, Taufik Batishah, Mayang Sari, M Daud Kilau, DJ Dave, Nasir Wahab, Safura, Yusni Hamid and Jamal Abdillah.. Tak sangka that it could turn out as entertaining as it was.. I was expecting to be half asleep most of the time!!

The show ended almost midnight.. lepas tu for the jemputan khas ada plak makan-makan, tapi memandangkan I have to drive back alone.. tak nak la balik lambat-lambat kan.. So, while my brother-in-law menemankan I ke kereta, the rest menunggu dia kat Pacific Hotel, sekali Taufik Batishah plak lalu nak balik hotel..dapat la they all sembang dengan dia kat luar tu.. sayang sekali tak dak sorang pun yang ada kamera (only me -- tu pun with the handphone)..so tak de la gambar..

Esoknya, we (me and hubby) were planning nak pegi KLCC -- nak cari birthday present for me and nak survey lap top.. Tapi ingatkan kalau rombongan dari Singapore tak balik lagi, nak la jugak pegi visit Ayah We (bapak kak Ju yang dah berumur 83 tahun)..tapi Kak Ju kata they all semua nak singgah rumah my mother-in-law, so tukar plan, pegi rumah ibu mertuaku..

Sampai kat sana, kak Ju and her siblings meneruskan perjalanan they all ke Sg Wang sekejap, sementara Ayah We melepak la kat rumah mak.. Apa lagi, dengan kadar segera Mak suruh masak makan tengahari.. Nasib baik Kak Faridah(sebenarnya adik Nasir, tapi older than me) ada, kalau tidak.. abih la I..So we all berdua dengan bantuan mak, siap masak sup tulang + daging, ayam masak cili kunyit, sayur goreng and telur dadar.. Jadikla.. sedap jugak..

After family kak Ju dah makan and bertolak balik ke Singapura, Abang
Hamid (abang Nasir no.2) plak sampai kat rumah mak dengan anak bongsu dia, Fazli. Salam2 dengan semua orang, terus dia turun ke bawah nak main kat taman permainan. Tak sampai lima minit, naik balik- muka dah kelat, tangan sebelah kanan dah longlai -- patah, jatuh masa main 'monkey bar'. Panik plak semua orang.. Abang Hamid terpaksa bawak ke hospital..

We all pun tak jadik la ke KLCC sebab nak menunggu berita dari hospital..tengok2 kena operate hari Isnin, sebab alignment siku dah lari and patah.. Terpaksa operate masuk besi..Isk. ngeri..

On sunday, petang baru we all keluar, pegi tengok Fazli kat hospital and then baru pegi KLCC.. Dapat la jugak survey laptop-laptop yang ada potential.. tapi kena survey lagi la.. In the end, dapat jugak birthday present from my beloved husband -- jam tangan Swatch.. cantik oo.. Thank you abang..Happy sangat!!

Overall..memang penat la last weekend seronok ada, sedih pun ada..

P/S: nanti dah ada gambar, I will upload..

P/SS: kebetulan I have 2 free passes for teater 'Tunku The Musical' for Wednesday 12th Sept - 8.30pm. Kalau ada yang interested let me know. You need to collect the passes kat Starhill before end of tomorrow. The counter is open from 10am to 10pm.. email me at anomabdullahsani@gmail.com

2 comments:

Mior Azhar said...

Waaah, a very eventful weekend. Pertandingan Lagu Klasik Anom? Ya rabbi, klasiknyaaaaa
How's the nephew? Harap2 okay the operation... habih Raya dia kan? Kecian.
Cari laptop kat KLCC, wohoooo, kiter cari kat low yat jer.. he he he

anom said...

eh abang a.. jangan tak tau.. best tau.. especially masa last tu the winners - women's category -Malaysia and men's category - Singapore kena nyanyi duet - lagu 'Seiring dan Sejalan' -- teringat masa Arissa kecik2 dulukan dia suka dengar lagu tu kat NTV7.. Bila rancak, dia seronok, bila part slow tu dia ngamuk.. ingat tak? Best..another thing is, seronok tengok makcik2 & pakcik2 enjoy sing along all the evergreen songs..

Anom tak sempat nak call lagi semalam.. will update later.. Tu la, mesti habis raya punye la.. dia plaks baru darjah 3..

Alah, bukan apa, Nasir nak tengok yang original punya macamana specs and price.. lagipun selalu macam kena tipu je bila beli kat low yat, tu yang pegi check out kat KLCC tu..